saliya vs suraya ! ON Saturday, February 12, 2011 AT 12:40 PM
saliya bin sidik . itulahh nama abah kesayangan aku . bolehh dikatakan perangai aku lebih kurang je dengan abah , antaranya , bak kata mak , degil . haha . aku pon tak tahu tang mana yang sama degil . tapi , aku rasa memang pon . aku menyedari kesamarupaan ini apabila :
- adelahh hari tu , aku kena jaga adik aku , amri dekat hospital tanjung karang . hal ini di sebabkan jangkitan kuman kat kaki dia . nak dijadikan cerita , ini adelahh pengalaman pertama aku jaga orang sakit . mungkin abah risau dengan keselamatan anak2 dia , bolehh pulak dia bawak 1 family tengok amri bukan dalam masa melawat . mula2 aku rasa macam " abah nihh , suka sangatt langgar peraturan . nanti kena marahh dengan guard tu , baru taw ! " dengan panjang lebar abah terangkan , " alahh , bukan kita buat bising pon . duduk diam2 sudah lahh . lagipon kan leceh nak angkut banyak kali . sekarang ni , abah bawak semua datang tengok . bukan kita kacau orang . abah pon nak tengok keadaan anak2 abah macam mane . tak kan itu pon nak bising ? " dan secara spontannya mak bersuara , " degil ~ "
- ok , pagi 7hb.02.2011 selepas kaki amri kena operate , aku , emak dan abah mengambil keputusan untuk keluar berjalan2 ke pasar tanjung karang . memang banyak barang best2 kat sana . maka , amri pon ditinggalkan dalam keadaan kasihan . tapi , keseronokan untuk shopping melebihi segalanya . nak dijadikan cerita , sedang aku menoleh kekiri dan kekanan , aku ternampak sepasang kasut yang sangatt cantik . wargh ! bole lahh aku bawak pergi class . tapi , melihatkan harganya , aku hanya mampu memandang kasut itu dengan pandangan sayu . < bajet mahal sangat lahh tu > . dengan tiba2 , abah tepuk bahu aku . " nak ke kasut tuhh ? " aku pon mengangguk dengan pantas dan lajunya macam broadband streamyx tuhh . " tapi , macam tak cantik , dah lahh mahal . huh . " tambah abah membelek2 kasut yang lain . lepas tu , dia tunjuk 1 pasang kasut yang lain sambil tersengih . " yaya tak nak lahh . nak yang macam ni jugak . yang abah tunjuk tu macam kasut pergi sawah je . tak nak lah . nak macam ni jugak . " lantas mak yang hanya memerhatikan kami sekali lagi bersuara , " degil ~ "
haha ! memang betul lahh aku ni , anak bapak . banyak persamaan aku dengan abah . walaupon kadang berbeza pendapatt , tapi , mesti aku yang menang . sebab , abah penyabar . tak macam aku , suka nak menang walaupon aku tahu fakta aku tu salah . sama jugak macam muhamad puad bin saad . sabar je walaupon fakta dia betul . maaf eahh , puad . ya memang macam ni . jangan salahkan ya , tapi salahkan abah . (: