[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
wanita kahh aku ? ON Monday, February 28, 2011 AT 12:10 AM
buat pertama kalinya dalam hidup aku , aku beli majalah WANITA . ha lahh , majalah untuk orang dewasa tuhh . kenapa ? tak percaya ? betul lahh . aku baru abeh belek nihh . sebelum ni , aku biasa beli majalah REMAJA je kerana aku rasa majalah tu sesuai dengan usia aku . tetapi , apa salahnya kalau kita beralih citarasa kan ? lagipun , umur dah menginjak 21 tahun dahh . siapa nak kisah kalau aku baca buku ilmiah macam nihh
 .

berbalik kepada majalah WANITA ni , banyak info yang boleh kita tahu mengenai masalah perempuan , rumah tangga dan sebagainya . walaupun aku masih muda , tetapi , aku baca je lahh . mana tahu , dalam beberapa tahun lagi ada orang nak masuk meminang aku kan . boleh lah aku buat persediaan sikit . lebih2 lagi dalam bidang MEMASAK ! macam2 lauk ada dalam nihh . faham2 je lahh . nak tackle lelaki ni , bermula dari perut dia . mak aku kata lahh . tu salah satu ugutan dia dekat aku . senang cerita macam nihh , " selagi aku tak pandai masak , aku tak bolehh kahwin ! "



macam tak percaya pun ada yang umur aku dahh 21 tahun . tapi kan , abah suka panggil aku ' bocah ' . dalam bahasa melayu aslinya , ' budak kecik ' . mak aku kata , abah tak pernah anggap aku , besar . bagi dia , aku budak kecik yang dia harus jaga dan mesti selalu ada depan mata dia . dulu , masa aku menetap dekat rumah , bila abah balik kerja je , mesti dia kira anak2 dia . nak pastikan cukup 5 ! tapi sekarang nihh , tinggal 4 je . yang 1 lagi , dah jadi perantau . isk3 .

bagi aku , aku masih tak layak untuk digelar WANITA . layak jadi , GADIS je . nampak muda sikitt kan ? hehe . lagi satu , WANITA bermaksud berfikiran matang dan rasional . tapi , aku rasa , aku belum sempurna ke arah itu . mungkin masih terlalu awal . tapi , mungkin 1 hari nanti , aku bolehh berubah . kan ? lalalala ~
                                    WANITA dan GADIS , mana satu pilihan kau untuk aku ? :D

1LOVE