[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
sejarah APRIL FOOL . ON Wednesday, March 23, 2011 AT 6:45 PM
aku rasa semua orang tahu APRIL FOOL tu apa dan bila kan ? masa ini lah korang nak kenakan kawan2, saudara mara, sepupu sepapat. kalau boleh , semua orang korang nak sakat kan ? korang tahu tak sebenarnya apa yang terjadi pada tarikh 1 APRIL tu ? walaupun aku rasa masih terlalu awal nak bercerita soal april fool ni, tapi, aku harap pada korang yang membaca, jadikan pengajaran dan iktibar la eah. aku rasa tak salah kot nak kongsi ilmu. meh sini aku nak kongsi sedikit pengetahuan dengan korang . so , aku harap , dengan pendedahan yang aku bagi ni , korang mula buka mata dan elakkan lah meniru budaya BARAT yang sebenarnya menghancurkan pemikiran kita sekarang.



TRAGEDI BERDARAH ORANG ISLAM !
Pada abad ke-8 Masihi, Sepanyol berkembang menjadi sebuah negara Islam yang maju dan makmur apabila ditadbir oleh penguasa Islam. keadaan ini tidak disenangi oleh golongan kafir yang berjiran dengan Sepanyol. mereka mahu lihat Islam hancur tetapi kebanyakan usaha mereka untuk menakluknya gagal.
akhirnya pihak kafir menemui jalan untuk menghancurkan penduduk Islam di Sepanyol. caranya adalah sangat MUDAH .

sedikit sebanyak , Sepanyol ditakluki oleh Tentera Salib. Tentera Salib amat kejam. masyarakat awam termasuk wanita dan kanak2 dibunuh tanpa belas kasihan. satu demi satu daerah di Sepanyol mereka takluki. sehinggalah mereka sampai di wilayah terakhir iaitu Granada.

penduduk Islam di wilayah ini terpaksa bersembunyi di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. lalu tentera Salib membuat satu taktik penipuan. mereka mengumumkan penduduk Granada dibenarkan untuk keluar dari penempatan mereka dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang telah disediakan untuk keluar daripada Sepanyol.

percaya dengan apa yang dijanjikan tentera Salib, maka ribuan penduduk Islam di wilayah itu keluar dari rumah lalu berkumpul di pelabuhan. Tentera Salib yang bersembunyi lantas membakar keseluruhan penempatan di situ termasuk golongan Islam yang masih terus bersembunyi di dalam rumah. ribuan umat Islam yang sudah berkumpul di pelabuhan hanya tergamam tanpa dapat berbuat apa2 bila melihat tentera Salib bukan sahaja membakar rumah2 mereka, malah turut membaakar kapal yang dijanjikan untuk membawa mereka keluar dari wilayah itu.

mereka semua terkepung. lalu, tanpa berlengah lagi, tentera Salib dengan kejam membunuh kesemua umat Islam di pelabuhan itu termasuklah wanita dan kanak2. yang kedengaran hanyalah gema takbir diiringi jeritan dan tangisan. TIADA seorang pun penduduk Islam yang terselamat. mayat bergelimpangan, laut yang biru bertukar merah. dan tragedi ini berlaku pada 1 APRIL 1847 Masihi dan dikenali sebagai " The April Fool Day " oleh golongan Kristian.


haaaaa, jadi, kepada korang yang sudah ada plan nak kenakan orang tu, aku rasa batalkan je lah niat tak baik tu eahh? bukan apa, jelas lagi bersuluh yang sambutan April Fool ni, bukanlah amalan yang sepatutnya kita ikut. tapi, aku tak tau lah kalau2 ada yang bajet macam orang putih tu, kan. aku sekadar berkongsi. mengingatkan korang dan juga diri aku sendiri . terima kasih  (:

2LOVE