[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
tentang lelaki . ON Sunday, March 27, 2011 AT 1:42 AM
terasa gatal tangan plak nak menconteng post tengah2 malam macam ini . haa , aku nak cakap sikit lahh kan . dalam dunia ni , kalau kita nak cari jodoh kita , kita kena pilih mengikut 4 ciri-ciri nihh . kerana agamanya , kecantikannya , hartanya , dan keturunannya . tapi , aku rasa lah , sebagai seorang perempuan , kita berhak memilih . kan ? antara ciri-ciri lelaki yang aku akan elakkan ialah :

KAKI PUKUL DAN PANAS BARAN .
hal ini kerana , lelaki yang suka pukul perempuan nihh , dayus . ar , jadi , berhati2 lah korang dengan lelaki yang jenis macam ni eahh ? tak mustahil , lepas kahwin esok , korang akan jadi mangsa amarah dia . nak kenal lelaki jenis ni , senang je . cuba tengok kalau dia marah kat korang , dia ada hamburkan kata2 kesat tak ? ataupun tangan dia dah naik nak pukul korang ? dia salah seorang lelaki yang patut sangat lah kita hindari . dia ingat kita ni , apa ? suka2 hati je nak pukul ? 

KAKI KIKIS
ish3 . ini kes bahaya ! lelaki kaki kikis nihh sebenarnya nak duit kita je . macam dalam cerita samarinda tuhh . rapat semata2 perempuan tu anak dato' . padahal , tu harta mak bapak dia . sangat tak baik . memang lah kita kena tengok harta , tapi , tak payah nak lebih sangat lahh kan . bayangkan lahh , dia ajak korang jalan2 shoping dengan dia . dia berkenan dengan baju ke , kasut ke dan terus mintak dekat korang . ha , sampai kaunter , kad kredit atau duit korang yang melayang . sekali sekala, tak mengapa . tapi , kalau berulang kali ? korang pikirlah sendiri ~

CURANG
curang ? yang ni , bahaya juga . al maklumlah . siapa suka kena tipu kan . tapi , sekarang nihh , perempuan curang pun ramai jugak . jadi , tak boleh salah kan sebelah pihak je kan ? depends pada individu itu sendirilah . tapi , seeloknya , dalam bercinta tuhh , biar lahh jujur . jangan tipu2 taw !

KAKI NGANJING
haaa , hodoh kott muka macam nihh . lelaki macam nihh , tak suportive langsung lahh . bayangkan lahh eah . korang nak hadiri kursus kuruskan badan . almaklumlah , semakin hari , semakin bertambah berat badan tu kan . dengan selamba dia cakap .
'dah gemuk tu, gemuk jugak . tak payah nak membazir !'
sangat tak baik kan . at least , cakap lah baik2 kan . dia ingat kita ni tak ada perasaan ke ?

banyak lagi kalau nak letak dalam list nihh . tapi , ini lah antaranya . agak2 korang tak boleh tahan dengan lelaki2 di atas , tak perlu lah mencuba . kelak merana diri .
tapi , sambil cari jodoh tu , jangan lupa berdoa kepada Allah , 
agar ditemukan dengan jodoh yang baik untuk kita .
InsyaAllah , akan jumpa .

p/s : berharap sangat kamu adalah jodoh yang Allah ciptakan untuk saya (:

3LOVE