[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
baca ni , weii . ON Friday, April 15, 2011 AT 2:41 AM
sebenarnya , tak adalah semangat sangat nak taip post pagi2 buta macam nihh . jadi , kerja aku memang stalk blog orang dan komen post yang aku rasa ada idea nak komen . sambil2 tuhh , aku buka lahh blog mereka2 yang aku tak kenal dengan niat menambah kenalan yang sedia ada .

kadang2 , aku sendiri tak fahamlah . aku tertanya2 . adakah blog ini tempat untuk mencurahkan kata2 kesat malah tak baik dekat orang yang kita tak suka ? oke , fine . aku tahu , mungkin korang nak luahkan perasaan , almaklumlah , nak buat macam diari . tetapi , korang jangan lupa , seluruh dunia boleh baca bila korang dah publish post tuhh . commonlah , sayangs . tak salah , tapi cara korang tak betul . korang taip kenyataan yang aku rasa macam melampau untuk disebut sebagai bahasa harian . perempuan pulak tuhh . kalau iya pun marah , tak perlu lah nak mencarut sampai orang yang baca post korang tuhh rasa meluat . lebih2 lagi bila bergaduh pasal lelaki . adoilahh sayangs . jangan begitu . tak manis , oke ?
aku pun nak menasihati diri aku sendiri agar tidak sesekali mengeluarkan sebarang ayat atau perkataan yang tidak baik . aku sekadar nak memperbaiki diri sendiri . jangan hentam aku , oke ? peringatan untuk korang yang baca post aku kali ini . boleh marah , cuma , beragak2 . kalau korang terasa jugak nak maki atau sumpah seranah orang yang korang tak suka tuhh , senang je cara dia . korang tulis lah dekat kertas , conteng sepuas hati korang . kemudian , kumpul kertas2 tersebut , curah petrol , dan bakar ! tapi , make sure , buat dekat tempat lapang . bukan dalam bilik ataupun di ruang tamu rumah . aku takut idea aku menjadi penyumbang kepada peningkatan kebakaran di Malaysia pulak . tak pun , kalau taknak buat macam itu , lebih baiklah , DIAM .

kesimpulannya , berfikir dahulu sebelum nak keluarkan sebarang kenyataan . mana lah tahu , kenyataan korang tuhh akan menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara satu sama lain . tak salah nak buat post , tetapi , ingat , seluruh dunia akan tahu dan baca . kalau boleh , janganlah mencarut . tak cantik , meii .

p/s : kamu , tolong ingatkan saya (:


11LOVE