[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
ouh , kecik2 dah pandai ! ON Saturday, April 9, 2011 AT 5:39 PM
oke , memandangkan petang2 macam ini , aku tersangat lah boring , jadi aku ambik keputusan nak lepak depan laptop paah bertemankan air kotak dutch lady . sunyi pulak bila kawan2 semua lena diulit mimpi . aku pun buka blog . nak check2 kot2 follower aku dah mencecah 1000 ke belum . oke , aku rasa sangat perasan sekarang . sambil2 tu , aku blog walking la kan . mana taw , ade tutorial yang seronok ke untuk aku ikut . biar berseri sikit blog nihh , macam lahh aku . teeeet ~

sedang aku seronok BW nihh , aku terpegun tengok satu blog yang memang cantik dan menarik . aku bajet mungkin dia dah berkecimpung lama dalam bidang nihh . seronok tengok post dia semua . ada satu post yang menceritakan tentang perasaan sayang dan cinta dia kepada boyfriendnya . sangat shahdu dan romantis gitu , lorh . aku baca pon sentap , tapi tak de lah sampai menangis . dia cerita saat mula kenal , bila keluar dating . oke , fine . dalam kepala otak aku nihh , mengatakan mungkin dorang akan berkahwin tak lama lagi . aku pun tercari2 lah siapa owner kepada blog nihh . nak tahu jugak siapalah insan yang begitu setia dengan kekasih hatinya . begitu tinggi dia memuji boyfreindnya . sangat bertuah lelaki itu . cari punya cari , aku pun terjumpalah biodata dia . korang nak tahu tak apa yang aku nampak dengan mata dan kepala otak aku ni ?

I'm already 12 years old .

warghhhhh ! aku rasa sangat terhina kerana budak yang sangat kecil lebih advance dalam soal bercinta nak dibandingkan dengan aku yang nak masuk 21 tahun nihh ! walaweyhh , memang terbahak-bahak aku dibuatnya . adoii . budak kecil kott . tapi , dah tahu nak janji dan bersumpah setia dengan kekasih . masa umur aku 12 tahun dulu , aku masih lagi kena sebat dengan abah , kena tarik telinga dengan emak taw . tak ada istilah blogger , facebooking pun masa tuhh . nak on komputer pun tak reti . apatah lagi bercinta dan berjanji setia ? memang jauh sekali lah .

memang budak2 sekarang lebih advance kan ? umur 12 tahun dah ada boyfriend dan berjanji nak berkahwin satu hari nanti . alahai , adik . perjalanan hidup tu masih panjang lah . banyak benda lagi . UPSR pun tak lepas . dah berfikir soal nak kahwin ? banyak pilihan lagi lahh . lek luuuu ~ jodoh tak ke mana , tapi , alahai , 12 tahun kott . sangat kecil dan muda .

p/s : kamu , nasib baik kenal kamu masa dah dewasa . nak berkasih sayang pun dah boleh kahwin , kan (:

16LOVE