[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
pesanan buat kekasih (: ON Tuesday, April 26, 2011 AT 6:38 PM
kehadapan kekasih hati yang diingati selalu , saya ada beberapa perkara nak bagitahu awak ni . memandangkan kita dah saling menyanyangi , saya nak awak tahu beberapa perkara tentang diri saya . saya harap , perkara ini takkan menimbulkan kekeliruan kepada kita pada masa akan datang . saya tak kisah kalau awak nak kata saya banyak songeh atau banyak hal , janji saya happy . tahu ?

yang pertama , saya suka MAKAN !
awak tahu kan kebenaran itu ? saya akan makan walaupun perut saya penuh dan saya sudah kenyang . jadi , kalau kita nikah esok , awak kena peruntukkan 99.9% gaji awak untuk mengisi perut saya , oke ?

yang kedua , saya gila PINK !
awak pun memang dah tahu kebenarannya . jadi , jangan persoalkan kenapa , apa dan bagaimana . tapi , kalau awak tak suka , tak apa . kita boleh bertolak ansur lepas nikah samaada nak cat rumah warna apa . saya pun taknak rumah kita macam rumah pink panther .

yang ketiga , saya tak pandai BERSOLEK !
ini , wajib tahu . mungkin awak nak tengok saya pakai selendang yang boleh letak riben , scarf kat luar tu . nampak ayu dan feminin sikit . tapi , saya taknak awak malu dengan kawan2 awak . awak bayangkan ye . saya keluar makan2 dengan awak , saya pakai selendang yang berbelit2 . kalau saya tercekik , camne ? bayangkan lagi , muka saya dimekap tebal . awak tak rasa ke yang muka saya macam opera cina tertelan putik durian ? seriously , saya taknak malukan awak .

yang keempat , saya gila BOLA !
sampai bila2 saya suka bola . awak pun sama kan ? lebih2 lagi kita tinggal dalam negeri yang sama . yang bahagianya , boleh kita tengok bola sama2 . tapi , jangan bawak saya keluar tengok bola dekat kedai mamak . saya sangat teruja bila tengok bola masuk gol . secara automatiknya saya akan berdiri dan menjerit 'GOL!' . awak nak ke pakcik2 atau makcik2 yang duduk bersantai dekat kedai mamak tu KO kerana terkejut ?

yang kelima , saya tak SERIUS !
kalau saya serius , bermakna saya tengah marah . bila saya marah , saya rasa nak pukul orang . tetapi , awak kan penyabar , kira serasilah dengan saya . bila saya marah , awak pujuk . bila awak marah , saya pujuk , tapi   awak jual mahal . hehe . tapi , percayalah . saya tak suka marah . cuma , saya banyak kerenah . sekali lagi saya nak ulang . awak kan PENYABAR . (:

oke , cukuplah tu . sebenarnya banyak lagi saya nak bagitahu . tapi , nanti tak suprise pulak . jadi , saya harap , sepanjang kita 'berkawan baik' ni , kita dapat kenal diri masing2 . saya tak sempurna , jadi jangan harapkan kesempurnaan dari saya . sayangilah saya sebagaimana adanya saya eahh ? (:

salam ikhlas :
awek awak (:

22LOVE