[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
sangat rindu ! ON Sunday, April 17, 2011 AT 3:23 PM
semakin hari semakin rindu . rindu siapa ? rindu emak abah aku lahh . ape ? ehem2 ? aishh , mestilah rindu jugak . lalalaa ~ kan bahagia kalau aku ada dekat rumah sekarang . lebih2 lagi kalau abah ajak aku keluar jalan2 . korang pernah rasa tak rindu dekat abah korang tahap melampau2 ? sebelum tidur , aku selalu ingat dekat abah aku . kadang2 , bila dia call , dia kata tak balik kerja lagi . padahal aku dah nak lena dahh . abah aku driver lori . dia selalu hantar barang elektronik dekat pahang dan banyak tempat lagi .sumpah ! kadang2 bila dia tak balik lagi , aku takkan boleh tidur sampai aku dengar dia buka pagar rumah . leganya masa tu , Allah je yang tahu . masih berkesempatan nak jumpa dia . emak pernah bagitahu , sebelum abah tidur , dia suka kira anak2 dia . cukup ke tak 5 orang . ( risau kott aku lari daripada rumah ) .
my FIRST buddy ! SALIYA B SIDIK .
err ? second buddy ? ada . tapi , post ini berkisar tentang abah aku . tak ada kena mengena dengan dia (:
ramai kawan2 aku cakap muka abah garang , bengis . memanglah macam itu . abah aku pernah jadi tentera darat . pangkat LANS KOPERAL . kalau muka sentiasa tersengih2 , emak cemburu pulak . 
aku hidup dengan abah hampir 21 tahun dahh . abahlah lelaki terbaik yang menjaga aku sampai bila2 . yang buat aku bertambah sayang dekat abah , dia suka belikan anak2 dia makanan . langsung tak berkira . 
sekarang , bila aku jauh , setiap hari aku berdoa agar abah sentiasa selamat kalau ulang alik hantar barang . sebak kott kalau dengar suara dia dekat telefon . dia suka tanya :
" bila kaklong balik ? nak ambik dekat mana ? "
padahal dia tahu , aku tak boleh balik kalau tak ada cuti panjang . 
sumpah ! aku rindu giler dekat abah sekarang .

kepada korang yang masih ada emak abah , hargailah dorang selagi dorang masih ada . dorang ada satu je dalam dunia nihh . kalau dorang pergi , memang tak ada pengganti dahh . aku ada baca , emak adalah malaikat yang Allah ciptakan untuk kita . dahulukan emak walau apehal sekalipun . tapi , korang kena ingat . tanpa abah , korang bukan siapa2 . 
kasihnya emak , membawa ke syurga , kasihnya abah , kekal abadi .

p/s : kamu , kamu tetap my second buddy . (:

17LOVE