[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
aku masih budak . ON Tuesday, April 12, 2011 AT 9:17 PM
wahh , penat sungguh lah badan bila tiba hari selasa nihh . semua kelas 3 jam punya . nak tak nak , terpaksa jgak lah aku dan kawan2 melangkah ke kelas . badan ni terasa lesu je lebih2 lagi kena pergi kelas pukul 5 sampai 8 . almaklumlah , aku ni pelajar kurang cerdik . ( aku tumbuk siapa yang kata aku kurang upaya eahh ? ) kena lah rajin pergi kelas . dalam kelas , aku jenis tak rajin nak bermesej , tapi , aku rajin pasang earphone dekat telinga aku . itu menandakan aku berada di tahap keboringan yang sungguh lah melampau . bagi mengelakkan mata aku yang cantik ini tertutup dengan tiba2 depan lecture , aku pon pasanglah lagu2 yang iramanya keras . tapi , kadang2 terkantoi jugak dengan member2 yang aku pasang earphone , sebab secara tak sengaja aku terbuat konsert secara percuma . maaf lah member2 nehh ~

selain itu , aku ada bakat terpendam yang korang semua tak tahu . aku suka , menconteng . hampir kebanyakan buku aku ada kesan contengan (tapi , lagi banyak hasil seni dayah lah ) . macam2 gambar aku boleh lukis . aku pernah lukis gambar mickey mouse . lepas tuh , aku tunjuk dekat abah . respon dia :

" macam LEMBU CACAT je abah tengok "

fine ! aku terus meletak jawatan dalam industri seni lukis melukis nihh . bukan apa . aku tak sanggup nak dengar abah bagi 'pujian' kat aku . nanti , aku bangga diri , lupa emak abah adik beradik semua . dah aku jadi anak derhaka .

oke , chop ! masa kelas ECOM tadi , aku berkesempatan meluangkan masa bergelak ketawa bercanda ria dengan member2 aku yang sentiasa melawak walaupun lecture bersungguh2 mengajar dekat depan . memandangkan kegilaan aku terhadap DOMO semakin menjadi2 , aku suruh lah mereka lukis gambar yang menyerupai domo . meh , aku tunjuk hasil tangan aku dan mereka walaupun ketika ini lecture aku suruh buat karangan untuk di hantar pada minggu hadapan .

err , oke . ini lah hasil rekaan aku . tak payah nak gelak besar sangat lah kan . aku dah cakap , inilah bakat terpendam yang aku ada . korang apa tahu ?

ha , yang ini , aku tak reti nak cerita lah . aku pun konpius sama ada ini syaitannirrajim ataupun domo yang kurang akal dan sifat . tapi , gigi dah ada rupa dahh .
kredit to : NOOR HIDAYAH BT ALI

ini adalah domo yang berkacukan dengan spongebob , oke . sebab tuh , jadi macam ini rupanya .
kredit to : NURUL SHAZLINI IDAYU BT MAD AKHIR

korang tak tahu , nak pecah perut aku bila tengok hasil nukilan nihh . biarlah orang nak kata aku macam budak2 , yang penting , aku seronok . tak adalah aku rasa tertekan bila lepak dengan diaorang nihh . jadi , sesiapa yang berminat dengan lukisan nihh , habaq mai nahh . (:

p/s : kamu , lepas ini , saya nak ambik master multimedia dekat UPSI . kita tengok , cikgu sejarah ke , cikgu lukisan lagi hebat ! (:

12LOVE