yaya sayang abah ! ON Friday, April 29, 2011 AT 7:45 PM
buat
pertama kalinya dalam seumur hidup aku , aku tak celebrate bufday abah ! hari ini , 29April 2011 , genaplah umur abah 45 tahun . biasanya , aku akan ajak abah
pergi kedai kek , dan belikan dia kek . letak lilin atas kek dan abah pun
tiup api lilin tu . bahagia sangat tengok . tapi , untuk tahun ini , aku
terlepas peluang itu .
sedih woo ~ tak terkata .
Ya Allah Ya Tuhanku , aku memohon kepadaMu . Kau berkatilah kehidupan abahku . Kau berikanlah dia kesihatan fizikal dan kesejahteraan rohani . Kau jauhkanlah dia daripada sebarang musibah , Ya Allah . Kau murahkanlah rezeki kami , jauhkanlah kami sekeluarga dariapda azab api neraka . Ya Allah , abahku seorang yang baik . maka , Kau tempatkanlah dia didalam golongan ahli syurga Mu Ya Allah . Kau panjangkanlah usia abah ku agar aku boleh melihat senyumannya untuk waktu yang lama lagi . Berkatilah pekerjaannya . permudahkanlah segala urusannya . sampaikan salamku untuk abah walaupun di dalam mimpi bahawa aku sentiasa merinduinya . Amin Ya Rabbal Alamin ~
abah , SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 45 (':
yaya sayang abah !