[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
STPM pon boleh. ON Wednesday, May 4, 2011 AT 9:15 PM
aku nak ucapkan tahniah kepada mereka yang dapat tawaran sambung belajar lepas SPM . tak kira lah . tingkatan 6 ke , matrik ke , diploma ke , politeknik ke , janji sambung belajar . bila ingat2 balik , lepas SPM , aku rasa diri aku macam belon panas di mana aku hanya makan tidur dekat rumah . memandangkan keputusan SPM aku pun tak lah bagus sangat , aku lebih banyak berserah kepada nasib . tengok , betapa baiknya aku menjadi seorang hamba Allah yang redha . hehe

aku bukan budak matrik , bukan budak diploma , tapi aku budak form6 . yang sering dipandang rendah dan diperlekehkan orang sekeliling . mula2 dulu , aku rasa sedih dan terkilan sebab nasib aku tak baik macam kawan2 yang lain . dorang dapat tawaran belajar jauh dari rumah , tapi aku , masih dekat sekolah yang sama . serius kau . ramai yang kata form6 buang masa , tak ada faedah . what the fish ! kalau kau belajar elok2 , tak adalah istilah buang masa .

aku kesian dekat emak abah aku . bila ada kenduri kahwin , orang gah bercerita yang anak dorang tak dapat balik cuti sebab ada exam lah , aktiviti lah , sedangkan aku sentiasa ada dekat rumah . yep , mungkin salah aku sebab tak buat betul2 masa SPM , tapi , aku tak main2 masa STPM . bersungguh , kau . sampai tak tidur malam study . aku nak ubah pemikiran orang kampung yang kolot dan pandang rendah budak form6 macam aku . dorang ingat aku tak boleh masuk Universiti ke ? emak abah aku nampak macam tak kisah , tapi dalam hati siapa tahu ? lepas tu , adalah mulut tak baik cakap , habis STPM je , aku akan kahwin . kepala lutut dia . ingat aku tak ada cita2 ke ? ingat aku ni tak pandai sangat ke ?

inilah rupa aku bila STPM menjelang tiba ! tension , kau .
memang aku tertekan . nak dapat pointer bagus punya pasal . nak buktikan kat semua orang yang budak FORM6 pun bagus jugak .
berkat usaha , doa emak abah , guru2 dan kawan2
tadaaa !
dengan senyum lebarnya aku ambil result .
Alhamdulillah . aku tergolong dalam kelompok yang berjaya masuk Universiti .
terus senyap mulut mereka2 itu . lebih2 lagi bila aku duduk jauh daripada keluarga .
di UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, SINTOK, KEDAH .
padahal rumah dekat SELANGOR . jauh , kau . sobs3 .
aku rasa , belajar dekat mana2 , sama je . cuma , usaha kita samaada kurang atau lebih,
bagi aku , aku berbangga sebab pernah ambil UPSR, PMR, SPM dan STPM . semua aku pulun !
LEK LU ~~ rezeki tak kan ke mana . (:

33LOVE