[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
apa lah nak jadi ? ON Thursday, July 14, 2011 AT 9:50 PM
assalammualaikum semua ! alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk bernafas dan berbakti di atas bumi Allah ni . yeap , aku baru berjaya memulihkan diri setelah mengalami kesedihan yang sangat teruk . terima kasih dekat korang yang mengucapkan takziah dekat aku kerana kehilangan atok yang aku sayangi pada 23 Jun yang lepas . yang hidup , haruslah meneruskan kehidupan seperti biasa .

bila dah lama tak belek surat khabar , aku selak lah sikit2 . aku rasa , manusia memang dah tak ada sifat kasihan kan ? kes terbaru , gadis dibunuh dan badannya di kerat . Ya Allah . sampai hati kan buat orang macam tu ? kenapa yea ? nyawa seolah2 menjadi barang permainan oleh sesetengah manusia . memang takut bila kes macam ini semakin meningkat lebih2 lagi perempuan macam aku . so , nasihat aku dekat korang , berhati2 lah sentiasa ye ? ladies , kalau korang nak keluar , bawaklah teman . jangan dok mengada2 nak keluar sorang2 . malang tak berbau kan ? jadi , beware !

ni , lagi satu nak habaq mai . kepada korang yang suka bergaya dengan beg yang cantik dan mahal , sedarlah yang korang sedang diperhatikan oleh , PERAGUT . tak salah nak bawak beg cantik korang tu , tapi , tak payahlah berlenggang kangkung sangat . sekali dia sentap , korang boleh tersungkur tau . dah luka muka terseret kat jalan . korang kenalah jaga2 ye ? agar kulit muka yang cantik tu tak meninggalkan parut .
*peringatan untuk aku juga . tapi , aku tak ada koleksi beg macam korang . aku ada beg sekolah je .

walaubagaimanapun , kita sebagai hamba Allah , hendaklah sentiasa bertawakal dan berserah kepada Allah . apa yang terjadi , memang sudah ditakdirkan . tapi , tak salah kalau kita mencegah . kan ? sentiasa berdoa kerana Allah itu Maha Pelindung . jangan lupa , amalkan ayat Kursi selalu . InsyaAllah . akan terhindar dari segala musibah . amin (:
so , aku nak nasihat kat korang . tak kiralah lelaki mahupun perempuan . sentiasalah berjaga2 dengan keadaan sekeliling korang .

p/s : jaga diri baik2 tahu ? kerana dirimu , begitu berharga (:

20LOVE