[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
kembali bekerja ! ON Tuesday, July 26, 2011 AT 3:06 PM
assalammualaikum korang . aku harap semua kawan2 aku sihat walafiat . aku rasa la kan , lepas ni , mesti aku jarang melepak dekat blog korang . nak tahu kenapa ? sebab aku akan mula bekerja ! sementara aku nak habiskan cuti semester ni kan , nak raya lagi . lepas tu nak menampung kehidupan lepas masuk semester baru pulak . jadi , aku akan mengerah segala kudrat yang ada . cewahh . bhahaha .
korang ingat aku tak ade kemahiran ke ? jangan pandang aku sebelah mata *ikut melodi lagu anita sarawak , okeyh ?
cuba teka . pekerjaan apa yang memerlukan injection ?
sebenarnya , sebelum aku menjadi pelajar universiti utara malaysia , aku telah pun menceburkan diri dalam bidang perubatan , di mana aku telah bekerja di sebuah klinik swasta sebagai pembantu doktor . tapi , aku tak terlibat dengan kerja2 menjahit kulit yang koyak semua tu . aku lebih cenderung ke arah bidang farmasi . bahagian ubat2 tu . well , aku ANTI ubat , tapi , aku suruh orang makan ubat . mula2 aku rase canggung duduk dalam klinik . terhidu bau ubat pun aku dah nak muntah , apatah lagi kerja dekat situ , kan ? tapi lama2 boleh biasakan diri .
*tengok gambar pun dah buat aku pening pusing !

lagi satu , aku tak minat berjumpa dengan En/Puan DARAH . adoi , mesti kepala aku mula berpinar2 dan rasa nak tumbang . dulu , aku sangat tak yakin untuk bekerja dengan doktor . doktor aku tahu aku tak boleh tengok darah , tapi , dia suka suruh aku tolong dia bila ade kes kecemasan ! dia suruh pegang kain lah , suruh pegang kepala yang berdarah tu lah . seriously , sangat ngeri lagi2 melibatkan jahitan . macam jahit kain tu . lagi kesian kalau budak2 lah . sampaikan doktor terpaksa bagi injection . tapi , bagi aku , itu adalah pengalaman yang sangat berharga . korang ada ? haaa ..

tapi , ada diantara kawan2 aku tak percaya aku pernah bergelar pembantu doktor . sebab ? sebab , dorang kata aku brutal , ganas ! tak percaya tak ape . korang boleh check akaun KWSP . mesti ada nama aku .

selamat kembali berkhidmat untuk masyarakat , suraya (:

p/s : sepanjang aku bekerja , tak ada pulak orang kata aku ganas .

33LOVE