[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
prince charming ! ON Friday, July 22, 2011 AT 8:33 PM
assalammualaikum . selamat malam semua . wah , semangat ni nak taip post . tadi kan , aku belek2 album kahwin member aku dekat dalam FB . memang meriah la majlis tu . siapa sangka , kawan bergaduh masa sekolah dah memasuki alam rumah tangga . sedangkan aku , masih lagi menghadap buku untuk menghadapi beberapa lagi siri peperiksaan .

well , susah nak cari orang yang serasi dengan kita . perkahwinan tu bukan satu permainan *ayat klise .
bukan untuk sehari dua , tapi kalau boleh untuk selamanya , kan ?
tapi , bagi aku , ada 5 kriteria seorang lelaki yang aku suka dan mampu buat aku , err . oke , jatuh cinta .

1 . kelakar
     aku suka orang yang pandai buat lawak *bukan lawak bodoh yea . apa yang dia cakap , mesti ada unsur komedi . aku senang dengan orang macam ni sebab aku suka ketawa .

2 . lembut dan baik
     baca sampai habis dulu eah ? maksud aku , bukan lembut auww tu tetapi lembut dari segi tutur katanya . ha , kan sejuk hati mendengarnya . kalau nak marah pun , tak jadi nak marah .

3 . suka kucing
     nampak jiwa penyanyang *tak tahu lah kalau dia berlakon semata-mata kan ? tetapi , lelaki yang suka kucing ni memang sweet lah . susah nak tengok lelaki yang sedang makan dekat kedai hulurkan sedikit makanan dekat kucing kan ? tetapi , ada .

4 . tukang penasihat
     macam cerita P.Ramlee plak . tapi , lelaki yang suka menasihat ni biasanya penuh dengan perhatian . bila dia kata dia tak suka , maknanya dia taknak kita buat . dia sukakan sebuah perubahan .

5 . matang
     berfikiran lebih rasional , oke . perempuan memang diciptakan berfikir ikut emosi dan perasaan . jadi , lelaki haruslah lebih matang dan pandai mengawal keadaan . mereka kan pemimpin .

oh mai prince charming !
*sayangnya dikau sudah menjadi tunangan orang . haha !

itu , aku punya list . korang pulak ? suka yang macamana ? (:

45LOVE