[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
mereka kembali ! ON Sunday, December 25, 2011 AT 11:17 AM
bangun2 pagi je , aku teringat kepada apa yang bakal terjadi 5 hari lagi . masa tu , untuk pengetahuan korang aku akan jadi tak tentu hala dan macam orang kehilangan arah . benda ni akan datang bila MEREKA pun makin dekat dengan aku . macam2 benda aku dah buat untuk mengelak dari MEREKA . tapi , MEREKA tak kasihan dekat aku sedikit pun . memang terus-terusan memburu aku . kadang2 aku terfikir nak berlari ke hujung dunia , tapi kelak membawa musibah kepada aku sendiri . nak tau MEREKA tu sape ? dengan ini aku memperkenalkan geng PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PERTAMA SESI 2011/2012 :
  1. En. penghantar pemasaran
  2. Pn. kenegaraan
  3. En. process writing
  4. En. matematik untuk pengurusan
  5. En. sistem komputer dalam organisasi
  6. En. Penstafan
  7. Pn. latihan dan pembangunan 
dorang lah yang bakal aku hadapi untuk memastikan aku dapat menamatkan semester 3 aku dengan jayanya . seksa beb berhadapan dengan dorang lebih2 lagi untuk budak malas macam aku ni . mesti blur kat dalam dewan exam . subjek macam pelik ? takde lah . ini semua subjek khusus untuk pengurusan sumber manusia . antara kawan2 aku yang turut sama terlibat ialah seperti di bawah :

*cuba teka aku yang mana . muahahaha

ape2pon , korang doakan aku berjaya mengharunginya tau . tak lupa jugak kepada korang yang sama2 menghadapi peperiksaan , aku doakan semoga korang berjaya dan sukses selalu . lagi satu , amalkan Surah Nasrah kerana InsyaAllah akan diberikan ketenangan dan kemudahan dalam melaksanakan sesuatu . misalnya PEPERIKSAAN . moga2 , Allah membuka pintu hati kita untuk memilih dan membuat jawapan yang betul . amin :)


p/s : kepada awak yang duduk UPSI tu , good luck tau . wish you the best :)

21LOVE