[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
touching ouh ~ ON Thursday, March 15, 2012 AT 5:43 PM
assalammualaikum semua . lama gila tak update blog . bersawang-2 dah blog ni aku tengok . anyway , bukan tak sayang , cuma aku sibuk dan tak tahu nak membebel ape dekat dalam ni . bila dah lama tak menjengah , aku pun check la KOTAK MENJERIT kan ? tada ! ini yang aku dapat .

.
,
,
.

nampak tak ? dah dekat sebulan tak ada orang tinggal jejak dekat blog selekeh aku ni . so sad ~

tetapi , bilangan follower makin meningkat pulak . kuang-3 . ye , aku tahu , follower blog kau lagi ramai . tapi sokayy lah . aku pon bukan blogger tegar . sekadar mencoret dan meluah apa yang aku rasa .

so , bagaimana kehidupan korang ? ada baik ? aku alhamdulillah macam biasa . bersyukur diberikan 1 hari lagi untuk bernafas . cuma , aku rasa kehidupan aku dah tak macam dulu . aku sedar benda ni sejak aku kehilangan atuk aku . aku rasa kehidupan aku perlu ada family sentiasa . bukan bermakna aku tak perlukan kawan-2 . cuma aku rasa malas dengan apa yang biasanya aku buat .
paling aku rasa ketara ialah keinginan untuk keluar berseronok bersama kawan-2 .

aku malas beriadah walaupun kawan baik aku selalu ajak .
aku selalu tolak ajakan dia walaupun dia bersungguh nak aku ikut bersama .
noor hidayah , saya mintak maaf :(

mungkin saya bukan kawan yang baik untuk awak . tapi , saya nak awak tahu , saya minta maaf kalau saya ada tersakitkan hati awak . saya tak tahu nak luah macamane . tetapi , kehidupan saya berubah bila saya kehilangan atuk saya . saya tak ada niat nak menjauhkan diri dari kawan-2 yang lain , cuma , saya kurang berkeinginan untuk semua itu . saya minta maaf dengan setiap tolakan dari semua ajakan awak :(
Ya Allah , aku tak kuat sebenarnya . terlalu banyak rasa yang bermain dalam hati dan perasaan aku . terlampau banyak benda yang aku fikirkan . sebuah kehilangan yang memberi aku seribu satu rasa yang takkan pernah hilang . rasa yang membuatkan aku ingin selalu berada di samping keluarga :')

aku harap , kehidupan korang sentiasa ceria dan penuh dengan warna warni . aku tahu , kesedihan tidak boleh terlampau diikutkan , tetapi , itulah yang aku rasa :')

2LOVE