[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
dear future husband ON Thursday, April 26, 2012 AT 10:58 PM

assalammualaikum.

kehadapan bakal suami,
saya harap awak akan membaca surat yang saya nak kirimkan dekat awak ni. awak-2, bila awak terbaca surat ni, saya nak awak tahu yang saya sentiasa mengharapkan awak lah jodoh yang tepat dan betul untuk saya. saya bukan apa, bila awak baca semua ni, saya nak awak dapat kenal saya dengan lebih dekat lagi. boleh kan kan ?

bakal suami,
buat pengetahuan awak, saya taklah secantik Erra Fazira *tapi adelah iras-2 Maya Karin sikit. saya tak pandai belit-2 tudung macam Najwa Latif tau, baju saya pun tak branded-2. kadang-2 saya pakai baju second hand je. tapi saya tak kisah, janji ade baju yang boleh dipakai. kan? saya nak awak tahu, saya tak kisah kalau awak berasal dari keluarga sederhana dan tak berapa pentingkan kebendaan. asalkan, bila kita kawen esok-2, awak akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki taraf kehidupan kita bersama. jangan risau, saya akan turut membantu untuk ringankan beban awak. awak kan suami saya.

bakal suami,
satu FAKTA yang awak wajib mesti harus tahu tentang saya ialah saya kuat makan. sejak dari dalam perut emak lagi saya memang kuat makan. saya pernah cuba pemakanan yang seimbang *konon-2 nak body cantik macam Fasha Sandha tapi tapi, tak menjadi langsung. pantang nampak makanan, mesti nak menjamah. awak, esok-2 kalau kita kawen, awak kena peruntukan duit makan dekat saya tau. setiap bulan, mesti ada walaupun saya mungkin ada pendapatan sendiri. duit awak kan duit saya. err lagi satu, awak kan suami saya. mesti kena penuhi keperluan saya.
bakal suami,
awak dah bosan ke baca surat saya ni? kejap la. belum habis lagi. awak awak, kalau awak nak tahu, abah saya bekas askar tau. saya pernah nampak abah saya kena marah dengan ketua dia. dari situ, saya tak suka dengan orang yang suka menengking dan bercakap kasar. lagi satu, no pukul-2 ye. esok-2 kalau kita kawen, saya buat benda yang awak tak suka, awak tegurlah baik-2. jangan pukul-2 saya tau. nanti kalau saya bawak kes pergi makhamah, baru awak tahu langit tu tinggi ke rendah. lagipun, mana boleh pukul-2. saya kan isteri awak.

bakal suami,
saya nak awak tahu, saya bukanlah seorang yang sempurna. banyak kekurangan yang saya ada. tapi tapi, sebab tu saya nak awak yang mengisi kekurangan saya tu. kan kita saling melengkapi. saya akui, saya keras kepala sikit, tapi, saya boleh berubah kalau tu yang awak nak. saya pon taknak jadi isteri derhaka. nanti tak cium bau syurga. tapi kan awak, awak bimbinglah saya. pimpin saya ke jalan yang benar. saya tak mengharapkan lebih, cukuplah rumah tangga yang kita bina esok-2 sentiasa aman dan bahagia. saya akan buat yang terbaik untuk pastikan saya tak dapat madu. okayy, saya rasa cukup sampai sini surat saya untuk awak. saya harap, awak jaga diri baik-2, sentiasa makan dan jaga kesihatan. doa saya sentiasa bersama dengan awak. saya sentiasa berdoa supaya dipertemukan dengan awak. kita same-2 berdoa ye ? Assalammualaikum, bakal suami.

sincerely
bakal isterimu :)

11LOVE