[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
Kehilangan ON Thursday, June 7, 2012 AT 6:20 PM


Assalammualaikum. Hari ini aku rasa tersangatlah bloom sebab hari ini genap arwah atok meninggalkan aku setahun. Selama 21 tahun aku hidup dengan arwah atok. Atok tinggalkan kami secara mengejut dan tiba-2. Tapi aku bersyukur sebab diberi kesempatan untuk cium jenazah atok memandangkan aku tengah cuti semester. Allah je yang tahu perasaan aku bila dengar atok aku masuk hospital. Nenek kata, arwah atok rasa kembung perut lepas tu pening2 tapi bila ajak pergi hospital, atok bingkas bangun. Dekat rumah, aku hanya mampu berdoa supaya atok tak akan apa2. Arwah atok bekerja sebagai pengukur tanah dan masih kuat. Tapi siapa kita nak menghalang takdir Allah? Doktor kata, atok kena pendarahan dalam perut. Aku tak pergi hospital sebab jaga adik2 dekat rumah. Aku menangis tak sudah. Sepatutnya, masa aku cuti sem, aku bergembira. Tapi, kesedihan yang datang. Aku dapat call daripada abah bagitahu atok dah tak ada. Lemas aku rasa, longgar lutut aku. Aku tak mampu nak berdiri. Aku terduduk dan aku akui nafas aku tersekat2. Bayangkanlah orang yang kita sayang pergi dengan tiba2. Pertama kali dalam hidup aku, aku tengok atok terbaring kaku. Lepas sembahyang,aku ikut pergi tanah perkuburan. Sayu hati aku, sungguh. Lepas baca talkin semua, aku rasa tak sampai hati nak tinggalkan 'rumah baru' atok, sebab melangkah je kaki aku 7 langkah, aku betul2 dah tinggalkan atok. Aku orang paling last pergi, itupun berat kaki aku melangkah. Air mata usah katalah, menitis setiap masa. Mata aku bengkak, rasa sakit. Tiap malam aku peluk bantal yang atok selalu guna. Kalau pakcik aku balik naik kereta atok, aku terus teringat atok. Seminggu aku tak ada selera nak makan sampai emak pujuk aku suruh makan. Masa kenduri arwah malam tu, aku tak berhenti menangis. Sampai nenek kata, berhenti menangis. Kalau tak,aku seksa atok dengan setiap titis air mata aku. Aku cuba jadi sekuat nenek, setabah emak. Tapi aku tak boleh sebab aku rindu. Rindu dengan gurauan arwah. Sebelum aku balik UUM, aku pergi kubur atok. Aku usap batu nisan atok, air mata aku terus keluar. Aku tak hirau orang sekeliling. Aku tak peduli. Yang aku tahu, aku rindu arwah atok. Aku nak bawak kain pelikat atok, tapi emak tak bagi. Emak takut aku teringat2 lepas tu boleh ganggu study aku. Ya Allah, berat dugaan aku terima. Masa aku nak balik, nenek peluk aku kuat. Dia suruh aku ingat pesan arwah atok. Biasanya atok akan hantar aku kalau nak balik U, tapi untuk kali itu atok takde. Sepanjang balik U, aku menangis. Punyalah sayang aku dekat arwah atok.



Tapi, aku jadi kuat bila tengok nenek kuat. Sekarang, nenek berniaga mee dekat depan rumah. Dulu, masa ada arwah atok, nenek berniaga jugak. Sekarang, aku dah boleh terima kehendak dan takdir Allah. Aku percaya,dengan setiap doa yang aku kirim akan sampai dekat atok. Arwah atok orang baik. Aku percaya, atok tergolong dalam mereka yang diberkati oleh Allah. Kadang2 aku menangis secara tiba2. Aku taktahu hati aku tiba2 sayu bila teringat atok. Aku teringat tangan dia yang berkedut dan muka atok yang manis. Tapi kalau boleh, aku taknak menangis lagi. Nanti, atok pun sedih. Aku ingat baru nak ajak semua family aku datang Kedah bila aku graduate nanti tapi memang akan kurang seorang lah. Tapi, aku tahu, semangat atok akan sentiasa bersama dengan aku. Yang pasti, aku akan ingat semua pesan arwah atok dekat aku. Belajar elok2 dan jaga diri baik2. Aku lah cucu sulong dia yang berjaya masuk Universiti tapi dia tak dapat bersama2 kongsi kejayaan bersama aku. Tapi aku ada nenek lagi. Dekat dia lah aku bermanja. Aku taknak dia rasa keseorangan. Kali ini, aku tak dapat balik sebab bakal menghadapi final exam. Atok, Yaya doakan atok dari jauh, tiap masa dan ketika. Yaya sayang atok.
Ya Allah, Kau ampunilah semua dosa2 atok. Kau terangilah kuburnya, lapangkanlah ia. Sampaikan salam rindu aku kepadanya, Ya Allah. Al-Fatihah untuk atok kesayanganku, Abu Bakar bin Amir Hamzah :')
p/s : En.Puad, terima kasih sebab datang kenduri arwah atok hari tu. 

6LOVE