[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
C U R A N G ON Sunday, May 19, 2013 AT 7:56 PM
Assalammualaikum. Senyum ramai ramai. Gembira tak hari ni? Alhamdulillah. Bersyukurlah kerana kita masih diberikan peluang dan ruang untuk bernafas.

Curang. Haa. I olss anti tau dengar perkataan curang ni. Macam bagi kejutan elektrik dan tamparan hebat.*gitu* Siapa yang nak kekasih/suami/isteri dia curang kan? Sebenarnya, susah nak diklasifikasikan perkara melibatkan curang ni. Aku pun bukan reti sangat, tapi u olss kena lah rajin membaca. Kadang kadang orang yang kita tak jangka tu lah yang 'pasang ramai.' Amboi, biasa ni. Meh aku tumbuk. Dush!!

Ok lah. Mengikut pandangan aku lah kan, terdapat beberapa sebab terjadinya curang di dalam perhubungan ni. Tetiba aku rasa macam nak buat kajian dalam bidang psikology yang melibatkan masalah di dalam perhubungan. Ok, tak payah berangan. Assignment yang lecturer bagi 4 bulan lepas pun kau buat last minit, lagi nak buat kajian. Cehh. Fine, kita terus ke dasar atau pokok kepada penyumbang masalah curang.*karangan BM masa STPM u olss*

Rasa sunyi
Sunyi. Yang kedengaran hanya bunyi cengkerik. *krik krik krik* Ok, kalau u olss sunyi, apa u olss rasa? Bosan kan? Begitu juga dengan mereka yang mungkin tak biasa berjauhan dengan gf/bf dorang. Perkara ini dapat dikesan kepada pelajar ataupun pasangan yang terpaksa berjauhan kerana kekangan pembelajaran ataupun pekerjaan mereka. Well, bayangkan kalau dekat kolej/universiti/office tu ada pulak orang yang terlebih caring, takkan tak melting kot? Biasanya susah nak elak kalau kehadiran orang ketiga semakin berleluasa di dalam perhubungan. Apa kata kalau u olss sunyi kan, u olss pergi tidur ke, tengok movie ke, gerenti tak rasa macam nak pasang lain.
Kisah silam
Ok, cuba u olss selidik dulu latar belakang dia. Adakah dia seorang yang boleh dipercayai atau sebaliknya. Kalau kisah silam dia, orang kata dia playboy/playgirl, mesti ada sebab kenapa dia jadi begitu. Mungkin dia pernah ditipu atau dipermainkan. Dan itu cara terbaik untuk membalas dendam. Kita tak boleh simply nak judge orang tau? Tapi, kalau dia memang penipu, suka pasang ramai, main kayu tiga, yang u olss nak test power jugak buat apa? Waste your time, you know? *Oh my Inggelish* Cari lah yang betul-betul serius. Lebih lebih lagi untuk mereka yang lebih kurang sebaya macam i olss ni. Tak muda dah. *Lap air mata* 
Tiada komitmen dalam perhubungan
Haa, yang ni memang biasa lah berlaku dalam mana mana perhubungan pun. Komitmen penting ok untuk memastikan sesebuah hubungan itu dapat dikekalkan. Komitmen ni melibatkan kedua dua belah pihak. Kalau dah ada komitmen, tak wujud kot istilah curang, main kayu tiga ni semua. Susah nak cari orang yang siap sedia dengan komitmen. Pantang nampak yang cantik/comel/cute/hensem/smart/macho sikit. Mula lah berubah hati. Meh i olss tembak mata tu. Pichu pichu *bunyi pistol mainan Upin Ipin*
Tiada rasa sayang lagi
Last but not least, curang ni terjadi sebab tiada lagi rasa sayang mahupun cinta antara mereka.*Kelas betul ayat i olss* Well, kalau dalam hati dah tercatat nama orang lain, mungkin yang lebih baik dan membuatkan hati u olss lebih berbunga bunga, kemungkinan besar u olss dah tak sayangkan dia. Kalau u olss sayangkan dia, u olss tak kan cari orang lain. Simple as that. So, kalau dah sampai tahap kronik dan kritikal cenggini, i olss nasihatkan u olss let go je lah dia. Jangan seksa perasaan dia. Dan dan dan, korang tak boleh lah tamak. A korang nak, B korang nak simpan jugak. Bayangkanlah kalau situasi itu terjadi dan berbalik kepada korang.


Nak cakap soal jodoh ni memang berat. Sebab bukan tugas kita. Allah dah tetapkan apa yang terbaik untuk kita. Tapi, kalau korang dah ada pasangan, jaga lah elok elok perhubungan itu. Ianya mungkin datang hanya sekali dan sekali korang kehilangan dia, kemungkinan besar dia tak akan berpaling kepada korang lagi. I olss pun bukan pandai sangat. Tapi, I olss redha dan banyakkan berdoa supaya dapat bersama sama dengan Encik Buah Hati. Hari ini mungkin kita bahagia berkasih sayang, esok lusa, tiada siapa yang tahu.

p/s : Inginkan tips percintaan yang lebih sensasi? Taip ON Suraya hantar ke 999.

4LOVE