[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
Cinta pandang pertama. ON Sunday, May 26, 2013 AT 3:55 PM

Assalammualaikum. Apa khabar? Selamat Hari Ahad. Okey, hari ini kita buat entry jiwang sikit, boleh? Hihi. Hari ini, nak buat entry pasal, cinta pandang pertama. Haha. Sebelum taip, aku gelak dulu kuat kuat. Bukan apa, macam jiwang dan berbunga sangat hati aku ni dok post pasal cinta tak habis. Takpelah, bukan selalu kan? Lumrah lah perasaan cinta tu. Acewahh. Senyum sikit.

Haa, apa pandangan korang dengan cinta pandang pertama ni? Ada yang beranggapan, bila sekali kita tengok dia, hati kita berdegup dengan kencang. Amboi, mengalahkan taufan La Nina ni kencangnya. Kencang sebab apa? Nervous ke tengok dia? Sebenarnya, bukan nervous sangat, cuma masa tu kita acah acah terpegun dan terpesona lah tengok dia kan. Korang mesti selalu tengok drama kan, especially life dekat kolej. Bila masuk je minggu orientasi, adalah junior tengok senior dan jatuh cinta pandang pertama. Jangan suka tengok drama sangat. Tak ada maknyanya masuk universiti ke, kolej ke, tup tup jatuh cinta. Kelakar, okey? 

Actually, korang kena beza antara cinta dan suka. Ada beza, tau? Kalau suka, korang rasa macam suka tengok muka dia, gaya dia dan semua benda berkaitan dia. Tapi, bila korang jumpa someone else, kemungkinan besar korang akan lupa dekat dia. Sebab, perasaan suka tu, normal. Aku pun suka someone. Korang kenal Shamsul Yusof? Haa, aku suka dia. Haha. Suka, okey. Sebab, dia pandai berlakon dan mengarah. Itu je. Encik buah hati aku pun minat someone. Taknak taip nama dia dekat sini. Kebiasaannya, kalau hubungan yang berteraskan pada cinta dan kasih sayang ni, akan berkekalan hingga ke akhirnya. I mean, akan ada satu ikatan yang sah antara keduanya dan saling berusaha mempertahankan apa yang mereka ada. 

Orang kata, cinta pandang pertama ni, kekal sentiasa diingati. Mihmihmih. Tapi, dari apa yang aku lihat, ada yang kekal, dan ada yang tidak. Bukan senang nak mempertahankan sesebuah perhubungan, ye tak? Kadang kadang, cinta pandang pertama tu jatuh pada pasangan yang bercinta selepas kahwin. Mungkin pilihan keluarga dan akhirnya dorang memang serasi untuk bersama. Perasaan setiap individu kan berbeza. Cumanya, kalau korang dah ada someone yang betul betul ikhlas dan korang pun tahu dia memang seorang yang baik, jagalah perhubungan itu elok elok. Orang kata, sesuatu yang baik akan datang sekali je dalam hidup kita. Kalau kita terlepas atau tidak menghargainya, kesilapan itu yang buat kita rasa menyesal.

Haa lagi satu. Pada sesiapa yang sedang bersedih sebab putus cinta ke, apa ke, dunia belum berakhir. Bila kau break dengan dia, tak bermakna dunia kau pun berakhir. Tak payah nak hilang akal sangat pergi meroyan dekat Facebook, Twitter dah tu ambik pisau toreh toreh lengan. Baik kau tolong mak kau masak kat dapur. Potong bawang ke, siang ikan ke. Yang berakhir tu, sudahlah. Mulakan hidup yang baru. Memang susah nak move on, tapi, masih ramai yang sayangkan kau. Keep calm and always pray to Allah. 

p/s: Sebaik baik cinta ialah cinta yang diakhiri dengan satu ikatan sah dan berkekalan sampai ke akhirnya. I'm waiting for you, Muhamad Puad.

7LOVE