[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
Just for long lasting relationship. ON Tuesday, May 21, 2013 AT 5:59 PM

Assalammualaikum. Apa khabar kawan kawan hari ini? Aku harap semuanya sihat sentiasa. Aku ok je macam biasa. Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk bernafas dan hidup. Btw, aku rasa, dalam sehari dua ni, nak post tentang cinta je. Haha jiwang kan kan? Bukan jiwang lah, tapi mood dalam keadaan berkasih sayanglah katakan.

Ok, topik untuk post kali ini ialah..... *bunyi drum* Macamana nak kekalkan perhubungan yang sedia ada?

First of all, terima apa adanya. Menerima apa adanya ni penting tau dalam sesebuah perhubungan. Tak kira lah dengan bg/gf, dengan kawan kawan, orang sekeliling. Actually, tiada manusia yang serba sempurna melainkan Nabi Muhammad. Sebab tu, bagi aku, menerima orang yang sayangkan kita dengan seadanya perkara paling utama. Ok lah, mungkin si dia tak sekacak Aron Ajis, tapi, ketahuilah, paras rupa hanya sementara. Yang penting, hati tu. Kalau hati baik, dalaman baik, mesti luaran dia pun baik. Rugilah kalau kau lepaskan orang yang betul betul sayangkan kau untuk seseorang yang belum tentu dapat terima kau seadanya. 

Secondly, jujur dan setia. Haa part ni yang aku rasa paling susah untuk kita laksanakan. Well, bagi aku, semua ni terpulang kepada individu itu sendiri. Ramai yang kata, orang cantik/hensem susah nak setia. Orang kata, aku tak kata. Tapi, aku rasa hanya segelintir je camtu. Menggunakan kelebihan yang dorang ada untuk membuatkan orang lain terluka. Tak boleh lah buat camtu. Dalam apa kerja sekalipun, komitmen itu penting. Baik dalam urusan perhubungan, pejabat, rumah tangga, persahabatan, kena ada komitmen. Jangan bermain dengan rasa kepercayaan seseorang individu. Nak bina kepercayaan bukan mudah, okey. Tak susah nak jujur dan setia. Ada yang kata, tak perlu nak beriya iya sangat setia dengan dia sebab dia bukan sesiapa yang sah/halal untuk kita. Tapi, kau bersama sama dengan dia tu tak ada impian nak berkahwin ke? Ke, dia hanya tempat persinggahan sementara untuk korang? So, asahlah rasa jujur dan setia tu dari sekarang.

Seterusnya, jangan berpura pura. Apa yang korang rasa bila korang dalam situasi berpura pura? Mesti korang annoying dengan diri sendiri kan? Depan dia, korang berlagak selamba, macam bahagia, tak ada apa apa berlaku. Tapi, dalam hati korang, korang rasa taknak tengok muka dia. Sebelum makin parah, aku nasihatkan korang berfikir rasional dan buat keputusan yang tepat. Biasanya, rasa pura pura sayang ni bakal menjerat hati dan diri korang sendiri. Ungkapkanlah kata kata yang jujur walaupun pahit. Kalau betul ada orang lain dalam hati korang, mohon berterus terang supaya hubungan yang korang bina tidak berterusan dengan situasi kepura puraan yang akhirnya membuatkan ada antara korang yang frust menonggeng.

Give and take. Kalau sebelah pihak je yang memberi, tak boleh jugak. Dia je ucap sayang, dia je yang berkorban, tapi sebelah pihak lagi tak reti nak hargai apa yang dia buat. Ini tidak adil tidak adil baginya ~~ Kalau sayang, mesti kita rasa rindu kan? Rasanya kalau boleh tiap ketika nak tahu keadaan dia, lagi lagi untuk hubungan jarak jauh ni. Tak lah bermaksud setiap 15 minit kita call dia, merajuk tarik muka bila dia taknak bagi password FB dia dekat kita. Agak agaklah. Jangan sampai dia rimas. Curiga itu perlu, tapi biarlah memadai. Kalau dia betul betul sayangkan kau, dia tak akan buat sesuatu yang bakal melukakan hati kau. Trust me.

p/s : Tapi, aku suka berpura pura kenyang walaupun aku tahu perut aku lapar dan mintak di isi.

6LOVE