[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
Kahwin? Nak nak! ON Thursday, May 23, 2013 AT 7:09 PM

Assalammualaikum semua. Sihat? Alhamdulillah. Aku baru lepas makan nasi lemak sebungkus walaupun sebenarnya aku tak rasa nak makan. Dan seriously, aku berbangga mempunyai perut yang sentiasa menerima apa yang aku suap.

Ok, hari ni nak taip topik berkenaan, KAHWIN. Jeng jeng jeng. Adakah aku bakal menamatkan zaman anak dara dalam masa terdekat? Dan aku mengangguk tanda setuju. Hehe. Tak adalah. Rezeki kita tak tahu kan. Tapi buat masa ni, macam lama lagi je nak bergelar isteri orang. Macam banyak perkara lagi nak kena buat dan selesaikan. Jadi, berdoa je lah banyak banyak supaya dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Amin. Menginjak ke usia dewasa ni, aku akui, ramai makcik makcik, pakcik pakcik yang macam tak sabar nak tengok aku naik pelamin. Bila terserempak aku dekat kedai ke, tengah menyapu ke, aku sering kali disoal siasat dengan soalan dan soalan yang paling penting ialah:
"Su, bila nak kahwin? Temah (bukan nama sebenar) anak Mak Minah tu anak dah masuk 3 dah."

Kalau lah kahwin itu semudah buat ais batu campur, mesti dah lama aku dan Encik buah hati kahwin. Kalau lah makcik pakcik tu nak tolong support majlis okey jugak. Lagi lah di alu alu kan. Kalau Temah tu dapat anak nak masuk tiga, itu rezeki dia lah. Aku ni, anak tekak pun tak terjaga, ini kan pula nak jaga anak orang. Tapi takpe. Encik buah hati kata, orang sedang mendoakan kita. Bila orang sekeliling mula bertanyakan soal kahwin kepada kita, itu bermakna usia kita semakin banyak dan matang. Kita kena fikir positif. Kalau ada duit, tapi jodoh tak sampai lagi, tak boleh jugak. Kalau nak kahwin, rasanya dah berjumpa dengan bakal suami/isteri, tapi, duit tak mencukupi, tak jadi jugak. Soal jodoh, memang agak sensitif untuk dibicarakan. 

Lepas kahwin, tanggungjawab pun bertambah. Ada hati nak kena jaga. Lagi lagi untuk perempuan. Syurga di bawah tapak kaki suami dah. Especially untuk mereka yang suka melawan dan menjawab *rasa macam terkena batang hidung sendiri pulak*, kena ubah perangai. Jadi, niat nak kahwin itu bagus, cuma masih belum cukup ilmu untuk diaplikasikan dalam kehidupan realiti. Lagipun, perkahwinan jugak melibatkan hubungan kedua dua belah family. Kalau nak pikat anak, kena usaha pikat family dia dulu. Dan, Encik buah hati macam dah pro dan lulus ujian ini. InsyaAllah, kalau dah betul jodoh, tak ke mana. Hopefully :) Amin ~

p/s : Lagipun, Abah cakap aku bocah cilik (budak kecil) lagi. Banyak benda tak pandai. Dan aku rasa dia belum puas jaga aku dan belum bersedia nak lepaskan tanggungjawab menjaga aku kepada lelaki lain :')

5LOVE