[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
Nama pun perempuan. ON Friday, May 24, 2013 AT 8:26 PM

Assalammualaikum. Apa khabar? Diharapkan korang sentiasa sihat walafiat macam aku. Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk hidup dan bernafas.

Post kali ini, aku nak cerita pasal perempuan atau girls atau women bak kata omputih. Ada sesetengah lelaki menganggap, perempuan ni sukar untuk difahami dan complicated. Actually, setiap orang mempunyai karakter yang berbeza. Baik lelaki mahupun perempuan. Ada jugak yang cakap 'semua perempuan sama.' Haaa, tak semua, okey? Mungkin ada sesetengahnya sikap kami sama tapi sebenarnya terdapat banyak perbezaan untuk setiap individu. Perempuan seringkali dikaitkan dengan :

Kaki shopping. Kajian pun ada cakap, lelaki paling trauma kalau gf/isteri dorang ajak shopping. Dorang kata, perempuan ambik masa yang lama untuk membuat pilihan dan tak tetap pendirian. Maksudnya, bila dah berkenan dekat kedai A, dia ajak pergi kedai B. Lepas tu survey kedai C, D, E, F dan G. Last last sekali, pergi kedai A balik. Ada jenis lelaki yang tak kisah dan lelaki yang kisah berkemungkinan besar akan duduk dekat bangku dalam mall tu sebab dah penat nak berjalan. Dia biar je gf/isteri dia jalan sorang sorang. Tak semua perempuan suka shopping. Ada yang simple dan ambik je apa yang dia rasa selesa dan tak fikir lama pun. Sebab tu, perempuan lebih prefer ajak kawan kawan sejenis untuk aktiviti shopping mopping ni.

Make up. Well, perempuan dan make up memang dah familiar. Lebih lebih lagi kalau nak keluar dating. Berjam jam dia duduk depan cermin. Kalau dekat meja cermin, kadang kadang penuh dengan barang kosmetik je. Tu belum campur minyak wangi dan ape ntah lagi. Sebab tu, ada yang kata perempuan ni plastik. Bukan sebab cucuk kolegen, tapi sebab make up yang berlebihan. Dan tak semua perempuan suka ber make up. Kalau perempuan yang simple, dia tepek bedak baby Johnson & Johnson pun dah okey. Tak salah nak make up, tapi pastikan kena pada tempat dan berpada pada. Takkan lah masa keluar joging pun nak ber make up tebal? Kalau kena peluh, dah cair.

Kuat cemburu. Actually, perempuan dikurniakan perasaan insecure yang boleh dikatakan tinggi. Mudah rasa cemburu dan takut kehilangan orang yang dia sayang. Normal lah. Cemburu tanda sayang kan? Memang ada sesetengah perempuan yang bersikap mengongkong sebab terlampau cemburu. Hal ini boleh menyebabkan lelaki rasa rimas. Ada pulak yang selamba sebab dia sorok rasa cemburu. Depan depan, dia steady. Dalam bilik, dia peluk teddy bear sambil menangis. Well, perempuan memang ada hati yang lembut. Tak salah nak cemburu, tapi agak agak. Dan sebenarnya perempuan amat susah nak sorok cemburu dia. Mesti dia tunjuk. Tapi, orang kata, tahap cemburu lelaki berkali ganda lebih tinggi daripada perempuan. Aku rasa, itu betul.

Suka membebel. Tengok je Mak korang. Camne? Banyak cakap tak? Same goes to me. Haha. Lagi lagi kalau ada perkara yang tak kena dekat mata dia kan? Ok lah, soal membebel ni subjektif. Kadang kadang perempuan membebel sebab dia sayang dan nak perbetulkan keadaan. Kalau memang sejak azali perempuan tu suka cakap dan banyak cakap, nak buat camne? Bersabar je lah. Kalau dia mula membebel, jangan dilawan atau menyampuk. Orang kata, jangan simbah minyak dekat api. Tapi, ada orang kata jugak, lelaki lagi suka membebel. Bila dia dah mula, susah nak suruh berhenti. Rasa, macam betul jugak. Hihi

Suka menggunakan senjata air mata. Mihmihmih. Memang diakui, terdapat sesetengah perempuan yang mudah untuk mengalirkan air mata. Bukan sebab air mata dia murah, tapi, naluri kami memang begitu. Ada yang dapat tahan dari mengalir, ada yang tidak. Lebih lebih lagi, orang yang kami sayang berkata kasar atau melakukan sesuatu yang memang buat kami terasa. Orang jawa cakap 'gembeng' atau 'ciwek'. Kalau aku, bila kena marah dengan Mak atau Abah, aku peluk bantal lepas tu menangis sampai Mak datang pujuk. Macam aku, aku tak suka orang cakap kasar atau menengking. Secara automatik, aku rasa macam nak jerit balik dekat muka orang tu. Ala, tapi, kalau ada orang pujuk, lagi cepat okey dan tersenyum balik. Macam yang encik buah hati selalu buat lah. Tapi, ada orang kata, lelaki dapat bezakan air mata perempuan samaada ia mengalir ikhlas atau penuh dengan kepura puraan. Banyak rupanya keistimewaan lelaki ni eh? Hehe.

p/s: Aku seorang yang biasa biasa je. Bak lirik dalam lagu dangdut tu, 'Yang sedang sedang saja, yang penting, aku setia.'

7LOVE