[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
Pray for me, guys. ON Tuesday, May 28, 2013 AT 5:53 PM

Assalammualaikum. Hai korang. Selamat hari Selasa. 

Entry kali ni, aku nak cerita pasal final exam. Tsk tsk. Aku sedih gila bila tibanya masa untuk final exam. Especially untuk student yang suka study last minit macam aku ni. Dan buat pengetahuan korang jugak, ini adalah last final exam aku sebagai pelajar degree Universiti Utara Malaysia. Lepas ni, kalau nak merasa final exam lagi, aku kena sambung Master lah pulak. Mihmihmih. InsyaAllah kalau ada rezeki. Semester ni, aku ambik 5 subjek yang kesemuanya adalah subjek berat dan killer.
Boleh kata, ketaq lutut nak ambik semua subjek ni. Hopefully, semuanya dapat lepas dengan bagus dan cemerlang je. Bukan apa, taknak lah ada paper yang sangkut. Naya je tau. Korang doakan aku eh? Dan kemungkinan besar, aku akan tinggalkan dunia blog untuk sementara waktu sampailah exam aku habis. Aku start exam 3 Jun sehingga 18 Jun 2013. Selepas itu, boleh lah aku merehatkan diri dan tenangkan fikiran sebelum memulakan sesi praktikal pulak. Padahal, aku rasa, baru masuk semester satu. 

Bila ingat kenangan masa semester satu, memang kelakar pun ye. Kalau kelas mula pukul 8 pagi, pukul 7.30 pagi dah tercongok depan pintu kelas. Tapi, masuk je bulan ke dua, kelas mula pukul 8 pagi, pukul 8 baru keluar dari pintu bilik. Haaa acah acah taiko, kau. Jangan tiru perangai macam ni ye. Tengok tengok, masuk semester last dah. Another 21 days left. Bila lagi nak datang UUM lepas ni kalau dah sibuk bekerja. Tapi, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menimba ilmu. Kan?

Actually, kalau nak study, kena study awal awal. Paling koman seminggu sebelum exam. Tapi, kenapa lah aku tak praktikkan. Dari semester satu perangai tak berubah. Yang penting, kita usaha kan? Selebihnya, biar Allah tentukan. Kita kena ingat, Allah sentiasa ada dengan kita. Jangan lupa berdoa dan tawakal. Mintak restu Mak Abah, biar mereka doakan apa yang terbaik untuk kita. Kadang kadang, aku prefer untuk rasa stress baru boleh study. Tapi, dalam masa yang sama aku akan rasa macam...macam...blerghhhh menyesal sebab tak study awal!!!!!!

Haaa stress stress jugak. Yang penting, kesihatan kena jaga jugak kan? Jangan lupa makan sebelum pergi exam. Kalau tak, mau berbunyik perut dalam dewan exam. Siapa nak jawab? Lagi parah kalau pitam. Aku dah lah ada tekanan darah rendah. Tak boleh lapar sikit, terus nampak bintang bintang atas kepala. Aku harap, semuanya akan okey. 

Tak lupa jugak untuk encik buah hati, good luck for your final exam, my dear. Buat elok elok, okey? Nak jadi cikgu, kena lepas semua paper dengan cemerlang, tau. Baru boleh ajar anak anak murid. Nanti, balik cuti, ada rezeki, kita jumpa ye? 
Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan kami. Terangkanlah hati kami, jauhkanlah kami dari sifat lupa. Tenangkanlah hati kami ini. Sesungguhnya hanya pada-Mu tempat kami meminta. Amin.
p/s: Doakan Siti Suraya bt Saliya ni ye, kawan kawan. Semoga Allah merahmati kalian semua :) 

27LOVE