[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
Suraya Kembali ON Saturday, May 18, 2013 AT 3:47 PM
Hello, Assalammualaikum. Testing satu dua tiga.
Hehe. Hai. Lama sudah tak menjengah ke dalam dunia blog ni. Macam dah lama sangat tinggal. Yelah, bukan semua orang ada skill dan kemahiran bercerita melalui blog kan. Termasuklah aku. Aku ni jenis cepat bosan. Bila dah tak ada benda nak update, aku pun blah camtu je. Sampailah satu hari aku tengok dalam Twitter. Ada lah blog yang cantik sehingga menarik aku untuk kembali aktif. Acewahh. Padahal tak aktif mana pun.
So, kita mulakan dengan semangat baru ye adik-adik. Tadaaaa, lepas edit sana renovation sini, terciptalah blog yang ala-ala kawaii macam tuan dia ni. Muehehe. Actually, aku bukan orang seni. Tangan aku tak berseni langsung bab edit-edit, touch ni. Macam tikus membaiki labu *tetiba pulak kan?*
Tak ada cerita baru pun yang aku nak sampaikan dekat sini. Semua berjalan seperti biasa dan Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk bernafas hari ini. Dan, lebih kurang sebulan lagi aku nak habis degree dan pergi praktikal. Btw, tempat praktikal aku tak jauh pun. Dalam 3 minit dah sampai. *kalau rempit* Dipermudahkan segala urusan aku. Tak payah fikir pasal rumah sewa, makan lagi. Bersyukur sangat dah. Tapi, sebelum habis, aku kena hadap 5 paper untuk final ekjem. Paper berat semester ini. Kadang-kadang aku rasa kepala aku loading habis dah. Kesian Encik Buah Hati, dia lah yang kena layan aku even aku moody masa tu. *ngengada kan?*
Ar bercerita soal ngengada ni kan, aku nak fokuskan kepada perut aku yang selalu meminta sesuatu yang aku tak mampu nak bagi. Kadang-kadang masa tengah syok layan perasaan, perut dengan tekak aku mintak lempeng. Adoi, tertekan jugak aku. Mana nak cari waktu-waktu macam tu. Terima kasih lah perut sebab buat aku teringin sekali. Lagi-lagi musim hujan cenggini. Memang galak cacing dalam perut bershuffle tanda tidak setuju dengan keengganan aku memenuhi segala permintaanya. *acah sastera tak boleh blah*
Ok, sampai sini dulu lah. Lama dah tak blogwalking. Kalau ada masa, kita jumpa lagi di entry yang akan datang ye? Jaga diri, jaga hati.
Assalammualaikum :)

1LOVE