[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
ABAH. ON Tuesday, June 25, 2013 AT 9:43 PM
Selamat hari Selasa, korang. Okay, straight to the point. Kali ni, aku nak buat entry yang bertajuk, ABAH. Khas untuk abah kesayangan aku. Maybe entry kali ni agak panjang berjela. Ini luahan ikhlas daripada aku sebagai seorang anak yang sangat menyayangi kedua dua ibu bapa aku.

Aku mulakan dengan  memperkenalkan siapa gerangan abah aku. Nama dia Saliya bin Sidik. Mungkin nama dia agak unik sebab kebanyakan pemilik nama Saliya ni, perempuan je. Abah aku seorang driver lori kilang. Dulu, abah seorang askar. Abah bertugas dekat Kem Batu 5, Mentakab, Pahang. Lama jugak abah berkhidmat sebagai askar. Abah pernah tinggalkan emak, aku dengan Nurul sebab terpaksa bertugas di Somalia. Selama 7 bulan aku tak berjumpa abah. Bila abah balik, aku hampir tak kenal dia dan aku takut nak dekat dengan dia. Nurul apatah lagi.

Orang kata, seorang ayah susah nak tunjukkan kasih sayang dia secara fizikal. Tapi, cukuplah dengan cara dia melayan dan menjaga kita, itu sudah menjadi bukti kasih sayang seorang abah. Emak cerita, masa aku lahir, abah suka sangat dukung aku. Balik kerja, siap siap mandi terus layan aku. Pantang ada nyamuk gigit. Dia belai aku dengan penuh kasih sayang sampai sekarang. Adik adik aku cakap, aku manja plus ngengada lagi lagi bila dengan emak abah. Kalau dah dimanjakan, no wonder lah aku berperangai macam ni kan?

Abah sangat tak berkira soal duit bila dengan anak anak. Dia pantang dengar anak anak nak makan itu, nak makan ini. Kalau ada duit dekat tangan dia, mesti dia pergi belikan. Sekarang ni pun, dia baru belikan kami adik beradik burger. Dalam hujan renyai renyai, sanggup dia redah. Aku nak temankan, tapi dia tak bagi. Abah jugak susah nak berhenti cakap bila dia dah mula marah. Selagi dia tak rasa puas, selagi itulah mulut dia macam bertih jagung dok marah kami adik beradik. Cuma, sejak usia aku meningkat, dia tak banyak marah. Dia kata, aku dah besar, boleh fikir mana baik, mana buruk.

Hari tu, Nurul tengok drama dekat TV. Cerita anak anak berebut harta. Secara spontan dia bertanya :
Nurul : “Abah, abah tak ada harta ke?”
Abah : “Abah tak ada harta. Anak anak lah harta abah yang paling berharga.”
Then, Nurul pun menangis. Nurul susah nak menangis. Tapi, jawapan yang abah bagi betul betul buat kami tersentap. Ya Allah, sesungguhnya kamilah harta yang dia sayangi, yang dia kasihi. Abah tak pernah mengeluh, tak pernah. Biar pun terpaksa bawak lori kilang, jika itu sumber yang halal, abah akan buat. Abah anak yatim piatu. Arwah atok meninggal masa usia abah 2 tahun lagi dan arwah nenek baru meninggalkan kami tahun lepas. Abah kuat. Abah sentiasa berusaha demi anak anak. Untuk perbelanjaan sekolah, untuk makan minum kami.

Hujan yang turun seakan mengerti perasaan aku sekarang. Bila aku renung muka abah, aku rasa sayu. Aku rasa kasihan. Lebih lebih lagi masa dia tidur. Waktu untuk merehatkan tulang 4 kerat yang dikerah seharian. Aku nampak kedutan di wajahnya, aku nampak urat di kedua belah tangannya. Abah semakin tua, usia abah semakin lanjut. Ya Allah, perlahan lahan air mata aku menitis. Banyak yang abah korbankan untuk kami adik beradik, anak beranak. Bila aku terdengar lagu Allahyarham Sudirman, hati aku sebak. Tapi aku tahan, aku taknak abah nampak aku menangis. Sebab, makin aku tengok muka dia, makin sedih aku rasakan.

Ya Allah, Kau peliharalah kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani aku dari kecil sehingga sekarang. Panjangkanlah usia mereka, Berikanlah kesihatan yang baik kepada mereka. Amin Ya Rabbal Alamin.

p/s : Tak sabar nak kerja. Nak tolong ringankan beban keluarga.

17LOVE