[ ]
Watashi No Suraya







✿ Twitter
✹ Facebook


+
+
PORT CARI JODOH ON Tuesday, June 11, 2013 AT 8:54 PM
Assalammualaikum. Selamat hari Selasa korang. Apa khabar? Ada baik? Ye, aku masih dalam minggu exam . Acah acah taknak sentuh blog tapi apakan daya. I can't. Seronok BW dekat blog korang. Btw, entry kali ni, aku nak taip lelaju pasal 'port' yang selalu dikaitkan dengan istilah cari jodoh. Haa suka tak? Suka tak? Elehh, suke lettewwww.
Okey, first ranking, tempat yang biasanya dikaitkan dengan cari jodoh ni, bagi aku, dekat universiti. Biasalah, dekat universiti kita akan jumpa dengan ramai orang, dari serata negeri. Masa itulah banyak istilah crush jugak digunakan. Dalam kelas Math, berkenan dengan mamat A. Dekat cafe, berkenan dengan mamat B pulak. Haha. Banyak pulak pilihan. Ha, takpun, korang selalu kan tengok drama dekat tv tu. Alaa, part yang terlanggar bahu dekat kolej, then, mata bertentang mata, then jadi pasangan paling top dekat situ. Lagi satu, kalau lelaki dan perempuan tu terambil buku yang sama dekat library. Dan tetiba keluar lagu Akim yang tajuk 'Cinta' tu. Jangan percaya. Tipu je tu. Selama 3 tahun aku dekat UUM, tak pernah terjadi pun dekat aku. Indah khabar dari rupa. Haha. Tak salah nak bercinta dekat universiti, tapi, jangan sampai terlupa niat sebenar kita bila kita mula mula jejakkan kaki dekat universiti ye kawan kawan.


The next one. Taman permainan atau apa apa saja taman. Mungkin korang tengah duduk layan perasaan dekat bangku, tengok kiri kanan, tetiba korang terlihat seseorang yang menarik perhatian korang. Ar okey, kalau nak lebih dramatik, mungkin korang tengah joging, tetiba kaki korang terseliuh. Secara magic, ada someone yang datang hulurkan bantuan. Dan, dia hantar korang pergi klinik, mungkin. Dan bermula lah kisah  cinta antara korang dengan dia. See, aku rasa aku layak jadi pengarah filem terkenal macam kakak Umie Aida tu. Tapi, serasa aku, kalau dekat taman yang ramai orang tu, banyak family member je. Jangan korang tersalah pilih sudah. Suami orang ke, ape ke. Nayo jo ekau. Haha. Mintak jauh lah.


Okey, ini untuk mereka yang minat bersosial dengan alam maya macam Facebook, Twitter dan sebagainya. Korang pernah dengar kan lagu Tasha Manshahar yang 'Be Mine' tu kan? Yang intro dia tu. 'Bermula di Facebook, kau tegur ku dulu tak tahu malu, tak kuasa nak layan, aku buat tak tahu...' Acewahh. Tak salah nak berkenalan melalui maya ni, tapi, make sure yang korang tak tertipu lah. Aku rasa, banyak dah isu timbul baik dekat surat khabar dan sewaktu dengannya. Aku tak faham satu hal ni. Kenal melalui Facebook je, tapi percaya gila sampai transfer duit beratus ribu. Last last, tertipu. Siapa yang harus dipersalahkan? Lu pikir lah sendiri. Tapi, aku akui jugak, ade je yang berkenalan dan kekal ke gerbang perkahwinan dan kekal sampai akhir hayat. Itulah yang dinamakan jodoh dan ketentuan Allah. Mana tahu, lelaki/perempuan yang dok like like status korang dekat Facebook tu sebenarnya ada hati dekat korang. Mana tahu ~~

Okey, enough. Suraya, mohon sedar diri yang kau belum habis ekjem. Blerghhh.

p/s : Pertemuan dekat Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang masih segar dalam ingatan aku. Mihmihmih. *sila pasang lagu Akim (Cinta) sebagai lagu soundtrack*

25LOVE